4. PENYEDIAAN KOLAM
4.1 Pemeriksaan awal
Kawasan sekeliling dan dalam kolam lama perlu dibersihkan dari pokok-pokok liar, rumput rampai dan segala tumbuhan yang tidak diperlukan. Ban yang rosak perlu dibetulkan. Kebocoran kolam perlu dibaiki. Segala peralatan lama yang tidak lagi berfungsi hendaklah dibaiki atau diganti baru.
4.2 Pengeringan
Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit). Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mencepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam. Jangkamasa pengeringan antara 1 - 2 minggu biasa dibuat, walaubagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.
4.3 Membuang lumpur
Kolam telah kerap diguna kerapkali mengumpul lumpur di dasarnya. Lumpur yang terlalu tebal tidak sesuai kerana ia menjadi perangkap makanan yang diberikan lalu tidak dapat dimunfaatkan oleh udang. Perkumpulan makanan dan najis dalam lumpur ini juga akan mengujudkan lapisan dimana proses pereputan berlaku secara anaerobik dan ini membina bahan dan gas toksid di dasar kolam. Pendedahan lapisan ini kepada air akan membebaskan bahan toksid ini kepada udang / ikan menyebabkan berlaku kematian dalam jumlah besar. Semasa penjaringan, lumpur juga menjadi tempat perlindungan udang dari ditangkap. Semasa pengeringan, keluarkan semua lumpur hitam di dasar kolam ini dan dedahkan kolam kepada cahaya matahari dalam jangmasa lebih panjang (1-2 bulan) untuk memuluhkannya.
4.4 Membilas
Kolam baru digali perlu dibilas bagi menghilangkan bahan-bahan beracun yang mungkin terdapat di dalam tanah atau hasil tindakbalas kimia antara permukaan kolam dengan udara. Pembilasan sekali atau dua kali elok dilakukan. Kolam telah lama diguna biasanya tidak perlu dibilas.
4.5 Meracun
Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Gunakanlah bahan racun organik. Contoh racun ikan adalah akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau. Bagi mengurangkan penggunaan racun, kedalaman air kolam perlu dikurangkan ke takat minimum. Bisa racun akan menurun oleh pencairan air hujan. Racun dari bahan organik juga kurang berbisa jika disimpan lama, diserangan kulat dan lembap oleh hujan dan embun. Sekiranya diguna hampas biji teh, kadar untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10mg/l manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan. Sekiranya timbul masalah ikan liar masuk ke kolam udang, racun hampas biji teh ini boleh juga diguna kerana ikan sahaja yang akan mati kerana kadar kematian kepada udang galah adalah sekitar 1340 mg/l (Chang, L. W. dan K. S. Ong, 1978). Setelah sehari digunakan, kebanyakkan racun organan akan hilang bisanya.
4.6 Mengapur
Kolam dikapur dengan tujuan:
* Menstabilkan pH
* Meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam
* Membunuh ikan liar (pemangsa)
* Menghapuskan organisma patogen (musuh)
* Menegapkan dasar kolam
* Menggalak proses udang bersalin kulit
Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:
* Kapur abu panas (quicklime - CaO): - berkesan cepat, jangkamasa berkesanan pendek.
* Kapur batu putih [lime stone - Ca(CO3)2], berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa kekesannya panjang.
* Kapur abu sejuk (slake / hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang.
Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar 1kg/10m�.
4.7 Membaja
Kolam dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air. Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organan dan baja kimia. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organan yang biasa digunakan, walaubagaimanapun dalam Kod Amalan Baik Akuakultur yang sedang diterapkan Jabatan Perikanan dalam industri akuakultur agar memenuhi piawaian antarabangsa, penggunaan baja dari bahan najis haiwan ini tidak digalakkan dengan alasan kebersihan dan kesihatan kepada pengguna. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m�/minggu.
4.8 Pengairan
Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukkan haiwan pemangsa. Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.
Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang/ikan adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu. Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m� tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan. Kadar aliran air yang tersangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimunafaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.
Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu menambah kandungan oksijan dalam air ketika waktu malam.
PENYEDIAAN KOLAM



Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "PENYEDIAAN KOLAM"
Post a Comment