5. KELENGKAPAN KOLAM
Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang perlu adalah:
5.1 Alat pengudaraan
Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m� atau kurang tidaklah memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.
5.2 Struktur pelindung
Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.
5.3 Peralatan Kaji Mutu Air
Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0 mg/l) menyebabkan udang mati. Analisis kandungan oksigen ini perlu dilakukan setiap pagi sebelum pemberian makanan kerana masalah oksigen rendah biasanya berlaku di awal pagi (dan ketika musin hujan/mendung/berjerubu). Sekiranya paras oksigen rendah, kadar alir air memasuki kolam hendaklah ditinggikan atau di pasang alat pengudaraan dengan serta merta.
Parameter lain yang diperlu di amati adalah seperti pH, kandungan ammonia dan sebagainya.
5.4 Peralatan lain
* Pam air diguna untuk mengeluarkan air dari kolam ketika pengeringan, ia juga boleh diguna untuk pengudaraan.
* Bekas makanan biasanya berbentuk empatsegi, diperbuat dari jaring halus dan berbingkai kuat (logam, kayu, buluh, rotan). Sebahagian makanan dimasukkan ke dalam bekas ini dan diletak di beberapa tempat di dalam kolam sebagai alat penyukat makanan.
* Tangki diperlukan untuk menyimpan udang sebelum dipasarkan. Tangki biasanya dibuat dari bahan simen atau gentian kaca. Tangki gentian kaca mudah di pindahalih ke tempat lain.
* Alat penimbang diguna untuk menimbang udang ketika persampelan, untuk menyukat makanan dan diguna ketika pemasaran.
* Jala diguna untuk mengambil untuk persempelan. Jaring pula diguna ketika mendaratkan udang untuk jualan.
* Pejabat pentadbiran biasanya terletak dalam kawasan kolam. Segala maklumat berkaitan kolam dan ternakan terdapat di sini. Pusat operasi ini diketuai oleh pengurus atau tuan punya ladang. Stor untuk menyimpan makanan, peralatan dan bahan kimia biasanya terletak di kawasan pejabat. Makanan dan bahan kimia pula disimpan dengan sempurna dalam stor. Pegawai Keselamatan diperlukan bagi menawasi kompleks kolam. Pondok kawalan pula biasanya terletak di pintu masuk kompleks.
* Kenderaan diperlukan ketika pemberian makanan, membawa kelengkapan, pemasaran, membawa benih dan sebagainya. Kerja-kerja meninjau kolam, pengangkutan barang dan kakitangan juga memerlukan kenderaan. Kompleks kolam yang besar biasanya mempunyai berbagai kenderaan bagi tujuan dan fungsi yang berlainan.
KELENGKAPAN KOLAM



Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "KELENGKAPAN KOLAM"
Post a Comment