Featured Products For Sale

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

MUSUH TERNAKAN

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI

Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.

11.1 Ikan Pemangsa

Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini adalah:

* Memasang penapis halus pada salur masuk air.

* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)

* Membuat rawatan hampas biji teh

* Memancing

* Memasang bubu.

Menjala dan menjaring secara berulang-ulang

Membaiki ban yang bocor

11.2 Serangga Air

Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini telah mati.

11.3 Haiwan Darat

Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing, jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan diracun.

11.4 Burung

Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan. Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.

11.5 Manusia

Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu diberhentikan.

No Response to "MUSUH TERNAKAN"

Post a Comment