Featured Products For Sale

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

PENGURUSAN MAKANAN

PENGURUSAN MAKANAN

Makanan rumusan untuk udang galah (pelet) telah lama terdapat di pasaran. Makanan ini agak sesuai untuk udang kerana mengandungi protein yang tinggi (30-40%), mengandungai zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air. Walaubagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semujadi dari kolam. Pemberian makanan dua kali sehari, (pagi, petang) biasa dilakukan penternak. Ada juga penternak yang memberi makanan tiga kali sehari (Fauzi, M.W., 1996). Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan 1-2, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan 2-4 dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan. Setengah pengusha kecilan memberikan jagung, kopra kelapa dan perut ayam sebagai makanan sampingan.

Makanan hendaklah ditabur rata di dalam kolam untuk memberi peluang semua udang mendapatkan makanan tersebut. Dua cara biasa diguna untuk menetukan sukatan makanan, iaitu dengan kaedah mencuba atau berdasarkan berat badan.

8.1 Pemberian Makanan Dengan Kaedah Mencuba


Memeriksa baki makanan

Teknik ini memerlukan bekas makanan dimana sebahagian makanan diletak didalamnya dan sebahagian yang lain ditabur di dalam kolam. Bekas makanan ini diletak dibeberapa tempat dalam kolam dan diperiksa ketika pemberian makanan selanjutnya. Jika makanan berbaki bermakna jumlah yang diberikan berlebihan dan perlu dikurangkan. Sebaliknya sekiranya makanan telah habis, bermakna jumlah makanan yang diberikan adalah mencukupi atau kurang. Ulang menambah/mengurang makanan beberapa kali untuk mendapatkan sukatan yang tepat. Ulang ujian ini setiap dua minggu (atau sekurang-kurangnya sebulan sekali) untuk mendapatkan kadar permakanan yang betul.

8.2 Pemberian Makanan Berdasarkan Berat Badan

Ini dilakukan dengan terlebih dahulu mendapatkan anggaran jumlah berat semua udang dalam kolam. Anggaran ini diperoleh dengan mendharap berat purata seekor udang dengan anggaran jumlah semua udang dalam kolam. Berdasarkan jadual yang dikepilkan, keperluan makanan setiap hari dapat ditentukan.

Jadual 1: Anggaran Keperluan Makanan Udang Berdasarkan

Berat Badan

(Keluasan kolam 0.2 ha., kadar pelepasan 10/m�)
Usia udang (bulan) Anggaran jumlah udang dalam kolam

(%)
Berat seekor udang

(g)
Keperluan makanan (%) berbanding berat badan (g) Keperluan makanan harian

(kg)
Keperluan makanan sebulan

(kg)
A B C D E F
AWAL 100 0.01 100-20 1.00 30.00
1 80 0.51 20-10 4.08 122.40
2 70 2.75 5-4 9.73 291.90
3 60 5.00 4-3 12.00 360.00
4 50 15.96 3-2 23.94 718.20
5 45 30.59 2 27.53 825.93
6 40 39.00 2 31.20 -

Cara mengira jumlah makanan yang diperlukan dalan satu-satu hari adalah seperti berikut: Misalnya kita dikehendaki menganggar jumlah makanan harian yang perlu diberi kepada udang dalam kolam 2,000m� dengan kadar pelepasan 10/m� pada bulan ketiga.

Cara mengira

Untuk mendapatkan jumlah berat makanan dharapkan Bilangan Pelepasan X Anggaran jumlah udang dalam kolam X Berat udang (kg) X Keperluan makanan harian atau Bilangan AwalXBXCXD.

Bilangan awal (ekor) = 2 000m� X 10/m� = 20 000

B = 60% = 0.06

C = 5.00 g

------- = 0.005 kg

1000

D = 4% = 0.04

Maka

jumlah makanan harian untuk bulan ketiga bagi kolam ini adalah

20 000 X 0.06 X 0.005 kg X 0.04 = 2.4 kg.

Walaubagaimanapun sekiranya mutu air menurun oleh perubahan cuaca atau faktor pencemaran, jumlah makanan yang diberikan hendaklah dikurangkan mungkin sehingga 50%. Ini kerana selera makan udang yang menurun.

8.3 Hasilkan Sendiri Makanan

Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Komponen tempatan yang murah dan mudah diperolehi boleh dugunakan. Sebuah ladang di Temoh, Perak telah berjaya menghasilkan sendiri makanan ini untuk udang ternakan mereka dengan hasil pengeluaran setanding kalau tidak lebih baik dari hasil pengeluaran oleh penggunaan makanan dibeli. (Ahmad-fauzi, M.W.,1996). Penghasilan makanan rumusan untuk udang/ikan tidaklah terlalu rumit. Makanan udang sepatutnya mengandungi protein yang agak tinggi (juvenile: 35-40%, dewasa: 25-30%), lemak (5-6%), karbohaidrat (35-40%), serat (5-10%), zat kalsium (2.5-3.0%), Fosforus (1-2%) dan vitamin. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, bahan perekat, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan. Walaubagaimanapun sebahagian dari bahan-bahan ini boleh diganti dengan bahan lain. Proses membuat makanan di kilang-kilang melibatkan pengisaran, mencampur, membuat butiran dan pengeringan (Chin, K., 1996).

pellet_own.jpg (19192 bytes)
Mesin pembuat makanan

Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam / itik, perut ayam dan hampas kacang soya diberikan kepada udang ternakan oleh pengusha kecilan. Pemberian makanan sampingan ini boleh dilakukan sekiranya bahan-bahan tersebut murah dan mudah diperolehi. Walaubagaimanapun mutu air kolam berkenaan hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.

No Response to "PENGURUSAN MAKANAN"

Post a Comment