3. KOLAM
3.1 Kolam Tanah
Tumbesaran udang galah dalam tangki simen dan sangkar tidaklah secepat dalam kolam tanah. Dijangkakan makanan semulajadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan mereput menjadi penyebab perkara ini.
3.2 Bentuk
Bentuk terbaik dari segi ruang maksimum adalah empat segi (empat persegi atau empat segi bujur). Bentuk ini juga mudah diuruskan.
3.3 Lebar
Lebar kolam pula bergantung kepada cara pemberian makanan dan teknik penangkapan hasil. Jika pemberian makanan secara menabur menggunakan tangan sahaja, maka lebar yang sesuai adalah tidak lebih dari 20 meter, dimana makanan dapat ditabur rata di seluruh kolam. Jika diguna alat bantu menabur makanan atau sampan, maka lebar kolam bergantung kepada keupayaan alat berkenaan.
3.4 Panjang
Panjang kolam biasanya 2-3 kali lebar.
3.5 Saiz
Saiz minimum kolam udang adalah 400m� (Ling, S.W. 1969). Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar (1000-6000m�).
3.6 Kedalaman
Kolam dengan kedalaman sekitar 1.0-2.0 m adalah sesuai untuk udang. Kolam terlalu cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan, manakala kolam yang terlalu dalam pula menyukarkan pengurusan.
3.7 Dasar kolam
Kolam berdasar rata adalah sesuai bagi udang. Dasar berlopak memberi peluang udang bersembunyi ketika penjaringan dan pengeringan. Dasar kolam juga hendaklah mencerun ke arah air keluar agar pengeringan dapat dilakukan dengan sempurna. Dasar kolam yang berpasir dengan sedikit berlumpur adalah terbaik bagi udang galah.
3.8 Batas (ban)
Batas atau ban kolam berfungsi sebagai pemisah antara kolam dan tempat laluan ketika pemberian makanan dan ketika operasi penangkapan. Lebar batas ini bergantung kepada fungsi dan jenis tanah. Batas kolam di kawasan berpasir perlu mempunyai lebar yang lebih berbanding kawasan bertanah liat kerana masalah hakisan. Kawasan tanah laterit pula biasanya memerlukan ban bersaiz pertengahan. Walaubagaimanapun sekiranya kenderaan seperti lori digunakan, maka saiz ban sekurang-kurangnya 4 meter lebar.
3.9 Pintu Air
Kolam hendaklah mempunyai pintu / saluran untuk air masuk dan keluar yang berpenapis bagi menghalang kemasukkan ikan-ikan pemangsa ke dalam kolam dan bagi mencegah udang dari terlepas keluar dari kolam. Kadar masuk/keluar air juga hendaklah boleh dikawal dengan struktur pengawalan seperti injap (valve, cock). Kedudukan pintu air masuk dan pintu air keluar pula hendaklah bertentangan agar air keluar ("kotor") tidak bercampur semula dengan air masuk ("bersih"). Kedudukan pintu yang bertentangan juga memungkinkan pertukaran lengkap air kolam.
KOLAM



Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "KOLAM"
Post a Comment