PENGAWASAN TERNAKAN
10.1 Pengawasan harian
Perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2x sehari, pagi dan petang, iaitu ketika memberi makanan. Pemeriksaan waktu pagi adalah lebih utama kerana masalah kandungan oksigen rendah biasanya berlaku ketika ini dan sekiranya berlaku pencerobohan malam sebelum, ia dapat dikesan dengan bukti saki baki udang di atas ban. Pengesanan terhadap kerosakan ban, kolam, pintu air, alat pengudaraan dan sebagainya juga boleh dilakukan waktu ini. Pengawasan waktu petang pula sesuai bagi mengesan kehadiran haiwan pemangsa seperti biawak, memerang, burung dan sepertinya.
10.2 Pengawasan tumbesaran
Tumbesaran udang perlu dikesan bagi menetukan pembesarannya bersesuai dengan umur. Pengesanan ini dilakukan setiap bulan atau dua kali sebulan dengan mengukur berat dan panjang badan. Pengambilan sampel udang adalah dengan menjala atau menjaring. Semasa pengambilan contoh ini perhatikan juga kesihatan udang, kehadiran udang mati dan ikan pemangsa yang mungkin tertangkap sama. Dari nilai purata tumbesaran yang dikumpul akan diperoleh lengkok tumbesaran udang (berat atau panjang) berbanding usia. Perbandingan dengan julat piawai ini dapat menentukan samada tumbesaran berlaku dengan cepat, lambat atau menyamai tumbesaran sepatutnya.
PENGAWASAN TERNAKAN



Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "PENGAWASAN TERNAKAN"
Post a Comment