Featured Products For Sale

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

RUJUKAN

RUJUKAN

Ahmad-fauzi, M.W.,1996. Pengalaman menternak udang galah (macrobrachium rosenbergii)
di Kg. Silo, Temoh, Perak. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.

AQUACOP, 1977. Macrobrachium rosenbergii (de man) culture in Polynesia: Observation on the water chemodynamism in an intensive larval rearing. Proc. 8th. Ann. Workshop Wld. Maricult. Soc., San Jose, Coasta Rica. 9-13 Jan. 1977. Louisia State University, Baton Rouge, USA.p. 293-309.

Chin, K.,1996. Teknologi pemakanan udang galah. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Melaka. Jabatan Perikanan Malaysia.

Hambal, H., 1986. Pembenihan Udang Galah Secara Air Pusingan. Jabatan Perikanan Kementerian Pertanian Malaysia. 17p.

Ling, S.W., 1969. The general biology and development of Macrobrachium rosenbergii.

FAO Fish. Rep., (57) Vol.3:589-606.

New, M.B. and Singholka, S., 1985 Freshwater Prawn Farming. A Manual for the culture of Macrobrachium rosenbergii FAO Fish. Tech. Pap.,(225) Rev. 1:118p

Mohammad-Hatta, M. 1996. Penyakit-penyakit udang. Petikan nota kuliah

Mun, K.H.,1996. Personal experience in setting up and operation of a Macrobrachium rosenbergii commercial farm. Prosiding Seminar Udang Galah: Potensi Pelaburan dan Teknologi Terkini. Jabatan Perikanan Malaysia.

Suhairi, A., Misri, S., Yusuf, S. dan Amir, M., 1993. Ternakan Udang galah

(Macrobrachium rosenbergii) Dalam Kolam. Risalah Perikanan Bil.54. Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia, Kuala Lumpur.26p.

Suhairi, A. Misri, S.,1992. The culture of giant Malaysian freshwater prawn Macrobrachium rosenbergii in the pond. Proceeding of the National IRPA Seminars (Agr. Sector) Vol.II:187-188.

Tunsutapanich, A., Thongrod, S., Sanggontangit, T. and Omanee, C. Research point to improve commercial production technique of juvenile giant prawn in earthen pond. Aqua. Asia Farm. audi.: Apr-Jun,1997.

Yaakob, A. and Liong, P.C., 1996. Teknologi pembenihan udang galah dan potensi ekonominya. Prosiding Seminar Udang galah: Potensi pelaburan dan teknologi terkini. Melaka, 1996. Jabatan Perikanan Malaysia.

Anon.1992. Cadangan Usahaniaga Ternakan Udang Laut Dalam Kolam.Jabatan Perikanan, Kementerian Pertanian Malaysia.27p.

---------------------------------------------------
Copyright � 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.
All Rights Reserved.

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Yg. Bhg. Dato' Hj. Mohd. Mazlan Bin Jusuh yang memberi peluang buku ini diterbitkan. Penghargaan kepada Ketua Pusat, Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT), Batu Berendam, Melaka, En Hambal Bin Hj. Hanafi yang menggalakkan penerbitan buku ini dan juga kepada kakitangan Bahagian Ternakan PPPAT yang membantu dalam kerja-kerja yang dijalankan.

ANALISIS KEWANGAN

ANALISIS KEWANGAN

Dalam analisis yang dicadangkan ini, andaian-andaian berikut telah dibuat.

1. - Luas kawasan projek 10 hektar dengan keluasan kolam ternakan sebanyak 8 hektar
2. - Bilangan kolam sebanyak 40 buah bersaiz 0.2 hektar (0.5 ekar) sebuah.
3. - Kadar pelepasan ternakan adalah 10/m� atau 20,000/kolam.
4. - Hatcheri menghasilkan benih sebanyak 800,000/pusingan. Kos pengeluaran benih adalah RM0.025/ekor. Harga jualan benih setiap ekor adalah RM0.05.

14.1 Kos Modal

Kos modal adalah semua perbelanjaan penyediaan keperluan asas seperti kos pembinaan pejabat, hatcheri, kolam, jalan, bangunan (stor, pondok jaga, dsb), pembinaan sistem pengairan, pembinaan pagar, penyediaan bekalan tenaga elektrik (pendawaian, alat penjana tenaga elektrik), pembelian kenderaan, pembelian kelengkapan dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak RM 600,000.00 diperlukan (lampiran 1).

14.2 Kos Operasi

Kos Operasi merupakan kos untuk pengurusan ladang, pengeluarkan benih dan penghasilan udang dewasa. Bagi projek dirancang, sebanyak RM 416,365.76 dianggarkan sebagai Kos Operasi ladang.

14.2.1 Kos Operasi Pembenihan

Kos Operasi pembenihan udang adalah RM20,000.00 bagi satu pusingan. Lima pusingan penghasilan benih boleh dilakukan dalam setahun, maka kos yang terlibat adalah sebanyak RM100,000.00 (Yaakob.A, dan Liong,P.C,. 1996. extrapolated data).

14.2.2 Kos Operasi Penghasilan Udang

Kos Operasi penghasilan udang adalah sebanyak RM 244,365.76 untuk setahun (lampiran 2).

14.2.3 Kos Pengurusan

Ini melibatkan kos berkaitan pengurusan pejabat pentadbiran seperti bil air, elektrik dan talifon. Ia juga meliputi gaji pengurus ladang, jaga dan kerani. Dianggarkan kos pengurusan sekitar RM 6,000.00 sebulan atau sebanyak RM 72,000.00 setahun.

14.3 Hasil dan Pulangan

14.3.1 Hasil jualan benih

Jumlah pengeluaran/pusingan (ekor) 800,000

Kekerapan pengeluaran/tahun 5

Harga pasaran (RM/ekor) 0.05

Nilai jualan (RM) 200,000.00

14.3.2 Hasil Dari Kolam

Jumlah pengeluaran/kolam (kg) 310

Jumlah pengeluaran dari semua kolam(40 kolam)(kg) 12,400

Nilai pulangan/pusingan (RM25.00/kg)(RM) 310,000.00

Nilai Pulangan/tahun (2 pusingan)(RM) 620,000.00

Jumlah pulangan/tahun dari hatcheri dan kolam (RM) 820,000.00

14.3.3 Margin Kasar

Adalah perbezaan antara hasil jualan dan Kos (Operasi dan Pengurusan). Bagi projek ini margin kasar adalah sebanyak RM 403,634.24.

14.3.4 Margin Bersih

Margin Bersih projek adalah RM 351,134.24.

14.4 Kadar Pulangan Dalaman (IRR) bagi projek ini adalah 76.10 peratus.

14.5 Kadar Pulangan Terhadap Kos (B/C ratio) adalah 1.68.

14.6 Jangkamasa Bayar Balik Modal adalah selama 1.43 tahun.

PENGURUSAN & PEMASARAN HASIL

PENGENDALIAN HASIL DAN PEMASARAN

process.jpg (25616 bytes)Udang boleh dipasarkan secara borong atau runcit. Pemasaran borong biasanya mendapat harga lebih rendah kerana udang besar dan kecil dijual bersama. Penjualan borong juga boleh dilakukan setelah pengasingan berdasarkan saiz dilakukan. Penjualan runcit dilakukan sendiri oleh penternak dan biasanya diasingkan kepada saiz berlainan untuk harga berbeza.

13.1 Kesegaran

Udang segar baru mati mendapat harga lebih tinggi berbanding udang telah lama mati (buruk). Selepas ditangkap, udang hendaklah dipasarkan dengan segera untuk mempastikan kesegarannya atau air batu diguna untuk mengekalkan mutu. Bilik sejuk dan kenderaan dengan sistem dinginbeku adalah keperluan penting ladang-ladang besar.

13.2 Hidup atau Mati

Udang hidup mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding udang yang telah mati. Udang hidup biasa dipasarkan di restoran makanan laut atau untuk kolam memancing di kawasan bandar. Pengangkutan udang hidup memerlukan tangki air dengan sistem pengudaraan.

13.3 Saiz

Harga udang bersaiz besar adalah lebih tinggi berbanding udang kecil. Umumnya terdapat tiga saiz udang dipasaran, iaitu besar (A) berukuran 50g dan lebih, sedang (B) 25-50 g dan kecil (C) bersaiz kurang dari 25 g seekor.

13.4 Udang diproses

Teknologi ini masih belum diamalkan di Malaysia. Udang dibersihkan, dibuang kulit dan kepala sebelum dibungkus rapi sebelum dieksport. Teknologi ini telah lama diamalkan bagi udang harimau.

PENGHASILAN

MUSUH TERNAKAN DAN CADANGAN MENGATASI

Musuh dan penyakit yang tidak dikawal dengan sempurna akan memberi kesan negatif kepada hasil tangkapan. Langkah-langkah pencegahan hendaklah dilakukan dengan betul dan berkesan. Antara musuh-musuh udang ternakan adalah seperti berikut.

11.1 Ikan Pemangsa

Benih ikan haruan, keli, puyu, belida, belut dan ketutu boleh berada di dalam kolam dengan menembusi jaring penapis yang kasar. Ia juga boleh melalui rongga pada batas kolam dan melalui pintu air yang bocor. Sebahagian spesies ini mampu merangkak merentasi batas kolam ketika musim hujan. Antara cara untuk mengatasi ikan liar ini adalah:

* Memasang penapis halus pada salur masuk air.

* Membina pagar keliling kolam (zing, jaring halus, papan, konkrit, buluh dsb)

* Membuat rawatan hampas biji teh

* Memancing

* Memasang bubu.

Menjala dan menjaring secara berulang-ulang

Membaiki ban yang bocor

11.2 Serangga Air

Anak pepatung dan serangga air lain menjadi pemangsa kepada benih udang galah yang baru dilepas ke dalam kolam. Minyak kelapa bercampur air sabun dilaporkan boleh memerangkap dan membunuh serangga ini. Semasa rawatan, aliran air dihentikan selama 1-2 jam agar lapisan bahan rawatan yang terbentuk di permukaan air tidak dihanyutkan air keluar kolam. Air dialirkan semula apabila semua serangga pemangsa ini telah mati.

11.3 Haiwan Darat

Biawak, ular dan memerang boleh memangsai udang. Pagar keliling kolam boleh dibina bagi menghindari pencerobohan haiwan-haiwan ini. Pagar boleh dibian dari bahan zing, jaring, papan, buluh atau dawai mata halus. Dinding konkrit boleh dibina tetapi kos pembinaannya tinggi. Haiwan-haiwan ini juga boleh ditembak, dipasang perangkap dan diracun.

11.4 Burung

Burung raja udang, helang dan burung hantu adalah unggas pemangsa udang dan ikan. Menembak adalah cara yang berkesan. Perangkap yang terdiri dari getah dan sangkar boleh digunakan. Di negara maju dan di ladang-ladang ternakan ikan hiasan, jaring dipasang di atas kolam bagi menghindari serangan burung ini.

11.5 Manusia

Adalah musuh yang paling sukar di atasi. Sekiranya langkah-langkah pencegahan tidak diambil, kesan terhadap hasil adalah sangat nyata. Langkah paling berkesan adalah dengan memasang pagar keliling Kolam dan mengawasi ternakan sepanjang masa terutama ketika udang telah mencapai saiz pasaran. Perhubungan yang baik dengan penduduk sekitaran juga dapat membantu. Pekerja yang tidak amanah perlu diberhentikan.

MUSUH TERNAKAN

PENGAWASAN TERNAKAN

PENGAWASAN TERNAKAN

10.1 Pengawasan harian

Perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2x sehari, pagi dan petang, iaitu ketika memberi makanan. Pemeriksaan waktu pagi adalah lebih utama kerana masalah kandungan oksigen rendah biasanya berlaku ketika ini dan sekiranya berlaku pencerobohan malam sebelum, ia dapat dikesan dengan bukti saki baki udang di atas ban. Pengesanan terhadap kerosakan ban, kolam, pintu air, alat pengudaraan dan sebagainya juga boleh dilakukan waktu ini. Pengawasan waktu petang pula sesuai bagi mengesan kehadiran haiwan pemangsa seperti biawak, memerang, burung dan sepertinya.

10.2 Pengawasan tumbesaran

Tumbesaran udang perlu dikesan bagi menetukan pembesarannya bersesuai dengan umur. Pengesanan ini dilakukan setiap bulan atau dua kali sebulan dengan mengukur berat dan panjang badan. Pengambilan sampel udang adalah dengan menjala atau menjaring. Semasa pengambilan contoh ini perhatikan juga kesihatan udang, kehadiran udang mati dan ikan pemangsa yang mungkin tertangkap sama. Dari nilai purata tumbesaran yang dikumpul akan diperoleh lengkok tumbesaran udang (berat atau panjang) berbanding usia. Perbandingan dengan julat piawai ini dapat menentukan samada tumbesaran berlaku dengan cepat, lambat atau menyamai tumbesaran sepatutnya.