PENGURUSAN MUTU AIR
Mutu air kolam perlu dipastikan sentiasa sesuai untuk ternakan udang. Mutu air dapat dikesan melalui warna, kelikatan dan akan tingkah-laku organisma dalam kolam. Antara masalah berkaitan mutu air adalah:
9.1 Kandungan Oksigen rendah dalam kolam
Ini adalah masalah utama ternakan udang galah. Berbanding ikan, udang lebih terkesan oleh kandungan oksigen rendah. Antara penyebab paras oksigen rendah di dalam kolam adalah kepadatan ternakan terlalu tingi, kadar alir air keluar-masuk yang perlahan, alat pengudaraan tidak berfungsi, cuaca mendung (hujan, berjerubu), kehadiran ikan liar yang terlalu banyak dan kehadiran plankton yang terlalu tinggi.
9.2 Tanda-tanda Kandungan Oksigen Rendah Dalam Kolam
i) Banyak organisma air (udang, ikan, siput dan lain) berada atau berenang di permukaan air atau di tepi kolam.
ii) Semua organisma ini kurang reaktif kepada gangguan.
iii) Udang menaiki tebing/batas/ban.
iv) Ikan tercungap-cungap bernapas di permukaan kolam dengan pergerakkan yang perlahan dan tidak reaktif kepada gangguan.
v) Air kolam kelihatan pekat dan berwarna suram.
9.3 Cara mengatasi masalah oksigen rendah dalam kolam
i) Memasang alat pengudaraan
ii) Tambahkan kadar alir masuk air ke dalam kolam
iii) Kurangkan kepadatan ternakan (udang, ikan)
iv) Buang sebahagian air kolam dan ganti dengan air baru yang bermutu
v) Berenang, bersampan, menepuk permukaan air kolam
Sekiranya cara-cara di atas tidak boleh dilakukan, maka sebenarnya kolam tersebut adalah TIDAK SESUAI untuk ternakan udang.
PENGURUSAN MUTU AIR



Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No Response to "PENGURUSAN MUTU AIR"
Post a Comment